Islamic Widget

Wednesday, February 9, 2011

Mencari-cari.....tercari-cari...

Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.
Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.
Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.
Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.
Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.
Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.
Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.
Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.
Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.
Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.
Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.
Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih






p/s: kata- kata ini adalah pesanan kepada jiwa yg dahagakan kasihNYA..yg rindukan kedamaian CinTANya....buat diriku jgn biarkan jiwa tersebut kosong tanpa arah..teruskan mencari dan mencari santapan buat jiwamu itu...agar hidup ini sentiasa berada dilandasanNYA..terima kasih buat Dr. Fuad...jazakAllahu khairan kathira...

Sunday, January 23, 2011

Terminal- terminal Penyucian

Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..Subhanallah..Maha Suci Allah..Alhamdulilah segala puji bagi Allah kita masih lagi diberi peluang untuk melihat dunia ciptaan Ilahi..oleh itu, haruslah kita panjatkan ribuan kesyukuran kepadaNya dan sama-samalah berusaha mendekatiNya serta mengejar akhirat yg merupakan destinasi utama selagi kita masih bernafas..saya ingin bkongsi sedikit pembacaan saya di salah sebuah buku al-hidayah tentang terminal- terminal penyucian untuk menuju ke syurga..moga dengan perkongsian ini dapatlah ianya memberi keinsafan kepada kita semua untuk terus berusaha menuju kebahagian di akhirat kelak yg nan abadi ..terminal-terminal tersebut terdapat:
a.      EMPAT DI DUNIA
1)      Taubat
Ini merupakan terminal pertama dan amat penting sekali. Ini kerana setiap ari kita terdedah dengan dosa samada kita sedari atau tidak dan samada dosa itu kecil mahupun dosa besar. Jadi, lakukan taubat dengan segara untuk menyucikan diri dari segala kotoran dosa di dalam diri.

2)      Istighfar
Nabi s.aw. beristighfar setiap hari lebih dr 100 kali,lalu apa yg mghalang kita semua untuk beristighfar 100 kali hari?kita hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

3)      Kebaikan
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan- perbuatan yang buruk”
                                                                                                      (Hud: 114)
Kebaikan menghapuskan keburukan maka ikutlah keburukan dengan kebaikan.

4)      Musibah
Musibah berada dibawa kuasa Allah. Kita ditakdirkan menghadapi musibah, kerana ia adalah ujian yang menyucikan kita. Jadi janganlah kita mengeluh bila musibah menimpa kita dan haruslah bersabar menghadapinnya. DIA menimpakan cubaan untuk menyucikan dan memasukkan kita ke dalam syurga.


b.      TIGA DI KUBUR
Jika seseorang itu belum disucikan di dunia melalui bertaubat,beristighfar,kebaikan yg dilakukan sedikit dan belum diuji oleh Allah s.w.t. dgn musibah, maka dgn kasih sayang Allah dia akan di sucikan di tiga terminal kubur.

1)      Solat jenazah
Bersegeralah dan kumpulkanlah orang- orang soleh utk melakukan solat jenazah. Doa manusia memberi syafaat pad si mayat di dalam kuburnya. Setelah mati, dia disucikan. Dia mati dan membawa sedikit dosa yg boleh melemparkannya ke dalam neraka, maka solat jenazah datang untuk menyucikannya.

2)      Fitnah Kubur
Pertayaan dua malaikat ( Malaikat Munkar & Malaikat Nakir) di liang kubur yg gelap gelita. Kesendirian kita di kubur itu menyucikan kita dari dosa. Tetapi seseorang yg sudah suci di dunia dia tidak akan disucikan lagi di kubur.

Wahai sahabat- sahabat sekalian, siapa yg kata bahawa dalam kubur itu hanya ada kegelapan,ular dan kesempitan yg menakutkan sahaja?? Ketahuilah, kubur juga boleh berupakan kebun dari kebun- kebun syurga. Siapakah yg akan merasainya?? Bagi yg suci dari dunia, dan bg yg belum disucikan, maka dia pun layak begitu sebagai ganti masuk syurga.

“Kubur itu mungkin kebun dan kebun syurga dan mungkin jurang dari jurang neraka”
                                                                                                 (HR.At- Tirmidzi)

3)      Hadiah pahala amal manusia
·         Ulama sepakat ada 4 perkara yg pahalanya sampai pada si mayat di dalam kubur iaitu: haji, umrah, sedekah dan doa.

·         Jika kita mati, maka kebaikan terus mengalir pada kita.
“ apabila anak Adam mati, maka terputuslah amalnya, kecuali 3 perkara: ilmu yg dimanfaatkan, sedekah jariah atau anak soleh yg mendoakannya.”
                                                                              (HR. Muslim)
·         Jika empat terminal di dunia belum menyucikannya, tiga di kubur belum menyucikannya kerana dosanya terlalu banyak tetapi dengan rahmat Allah padanya, dia akan disucikan pada hari kiamat dengan empat perkara.

c.       EMPAT PADA HARI KIAMAT
1)      Kengerian Hari Kiamat
Melihat matahari yg digulung, bintang yg berguguran, lautan yg meluap, dan bumi yg digoncangkan. Semua kengerian ini menghapuskan dan mrnyucikan kesalahan.

2)      Berdiri di Hadapan Allah s.w.t.
Bayangkan kita berdiri di hadapan-Nya dan ditanya: “ Hambaku, bukankah Aku telah memberimu rezeki? Bukankah Aku telah melihatmu saat kamu melakukan perbuatan haram? Bukankah Aku telah melihatmu saat lisanmu mengumpat org lain? Bukankah Aku telah melihat kakimu saat kamu langkahkan untuk melakukan yg haram? Hambaku kamu menganggap remeh pertemuan dengan-Ku. Apakah bagimu Aku hina? Apakah kamu berhias untuk manusia dan datang pada-Ku sbg org buruk? Apa yg menipumu dari-Ku?”

Pemberhentian ini menyucikan dia dan menghapuskan kesalahan.

3)      Syafaat Nabi s.a.w.
Nabi s.a.w. memberi syafaat orang yg beriman:
“ Wahai Tuhanku, umatku,...umatku.” Nabi bersabda,
“ Setiap Nabi mempunyai permintaan yg dikabulkan, dan setiap Nabi menyegerakan permintaan mereka, dan aku menunda permintaanku untuk syafaat umatku di hari kiamat, dan dia akan menyelamatkan, dengan kehendak Allah, siapa yg mati dari umatku dalam keadaan tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah s.w.t.”
                                                                              (HR.Bukhari dan Muslim)
4)      Keampunan Allah s.w.t
Nabi bersabda, Allah berfirman: “ Malaikat telah memberi syafaat, para Nabi telah memberi syafaat, dan org beriman telah memberi syafaat, maka tinggallah yg Paling Pengasih...”
Masih adakah dosa yg tertinggal selepas sebelas terminal sudah dilalui??? Empat terminal di hari kiamat: kengerian hari kiamat, berdiri di hadapan Allah, syafaat Rasul s.a.w. dan keampunan Allah s.w.t tetap aja belum dapat menyucikan. Dia harus disucikan, maka jatuhlah dia ke dalam neraka Jahanam bagi yg dosa dan kesalahan yg belum disucikan. Neraka itu seakan menyucikannya. Setelah disucikan, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.

Kita semua mencari kebahagian, tetapi di dunia tidak ada kebahagian, dan kebahagian itu di akhirat. Kita semua memimpikan masuk syurga, bertemu Allah s.w.t., bertemu Nabi s.aw., bercakap- cakap dengan Allah s.w.t dan melihat Allah s.w.t tetapi kita tidak akan masuk syurga kecuali kita benar-benar suci.

Kita hanya memiliki tiga terminal. Musibah tidak berada di dalam genggaman kita. Jika Allah mahu, Dia akan menguji atau membiarkan kita untuk diazabnya. Kita hanya memiliki taubat, istighfar dan kebaikan yg menghapuskan keburukan

p/s: pesanan penting buat diri saya dan anda semua. Sama-samalah kita menyucikan diri kita dari segala kotoran dosa-dosa yg telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia telah menyediakan sebelas terminal penyucian untuk hamba- hambaNya untuk ke syurgaNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas. Sama-samalah kita pohon keampunan dariNya moga dihapuskan segala dosa-dosa..

Thursday, January 20, 2011

"Mukadimah"

Salam kpd semua yg sudi singgah ke blog saya..ini adalah 1st time saya dlm blog so banyak lagi yg kurang dlm pengisian blog ni..sebelum-sebelum ni saya memang suka baca blog kawan-kawan saya serta orang-orang yg di luar sana..tp tak ada terdetik pon dihati nak buat blog sendiri sebab saya ni tak pandai sgt dlm bidang penulisan ni..saya tak berapa pandai utk meluahkan ape yg saya fikirkan dlm bentuk lisan..tapi sampai bila saya mahu jadi begitu??menyimpan semua yg saya fikirkan tanpa mengetahui samada ia betul atau sebaliknya...mungkin dgn hadirnya blog ni saya boleh berkongsi segala pendapat, pemikiran, ilmu  yg dapat memberi manfaat kpd kita semua serta bkongsi pengalaman dan cerita yg dpt memberi iktibar kepada saya serta para pembaca...segala kekurangan dan kekhilafan dlm saya mengajukan sebarang penulisan dlm blog ni mohon dapatlah anda semua menegurnya supaya dapat saya perbaikinya..segala pendapat anda sangat dialu-alukan dlm blog ni..terima kasih..


p/s:'apa yg salah perlulah ditegur supaya dpt diperbaiki, apa yg kurang jelas perlulah dijelaskan supaya tahu dimana kebenarannya yg sebenar mahupun sebaliknya dan apa yg kurang paham perlulah dipahami supaya tiada sebarang salah paham yg boleh menimbulkan sangkaan yg negatif'